UMNO lawan Pas di Terengganu, umat Islam yang rugi - Utusan Malaysia

UMNO lawan Pas di Terengganu, umat Islam yang rugi

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hasrat UMNO Terengganu untuk bertanding di semua kerusi dan tidak kisah untuk menentang Pas di negeri itu disifatkan sebagai tindakan yang hanya akan merugikan umat Islam dan orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pandangan itu bagaimanapun diyakini tidak mewakili majoriti ahli UMNO lain yang menyedari betapa pentingnya penyatuan ummah di negara ini.

“Sekali lagi kita nyatakan, tidak ada pilihan lain kecuali terus merintis jalan kepada perpaduan ummah. UMNO, Pas, Bersatu dan parti-parti lain yang majoriti muslim wajib duduk semeja, kita bentangkan formula penyatuan.

“Sangatlah rugi UMNO yang mewakili kelompok besar pengundi Melayu diketepikan dan Bersatu yang mempunyai kedudukan di puncak kuasa tidak disertakan bersama dalam pakatan,” katanya dalam hantaran terbaharu di akaun Facebooknya hari ini.

Kenyataan Ahmad Fadhli itu dipercayai merujuk kepada ucapan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika bersama Skuad Sabil dan Pemuda UMNO Terengganu sempena Majlis Amanat 500 jam Sanitasi Awam Pemuda UMNO, Jumaat lalu.

Petikan ucapan itu yang seolah-olah menunjukkan Asyraf Wajdi menyokong UMNO supaya melawan Pas di Terengganu dalam PRU-15 kemudian tular di media sosial dan mengundang reaksi negatif penyokong Pas.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, dalam apa jua keputusan dibuat parti-parti politik seperti Pas, UMNO dan Bersatu, asasnya perlu melihat kepada Islam.

“Adakah sekali lagi kita mahu melihat negara ini diterajui sekali lagi oleh ‘pentadbir 22 bulan’ yang kita sudah lihat kesan dan pendekatannya?

“Berundinglah. Hentikan api pertembungan. Jika pertikaian kerusi menjadi punca, bertolak ansurlah. Ada yang kita dapat, dan tentunya ada yang kita perlu lepaskan.

“Takkanlah kerana kerusi yang terlepas, kita tergamak tiupkan gendang perang?” soal beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya