UMNO jangan ghairah bahagi kerusi - Utusan Malaysia

UMNO jangan ghairah bahagi kerusi

MUHYIDDIN Yassin (tengah) ketika merasmikan Zon Ekonomi Khas Pagoh di Galeri Jualan Sime Darby, Pagoh, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH: UMNO diingatkan agar tidak terlalu ghairah untuk berbicara soal pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sehingga menutup peluang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding dan menunjukkan kewibawaan parti itu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu berkata, partinya tidak mahu kelihatan angkuh apabila berbicara soal kerusi.

Namun, menurut beliau, Bersatu sanggup berdepan dengan UMNO sekiranya parti itu nekad mahu membolot kerusi yang dipertandingkan.

“Kalau dia (UMNO) ambil semua, saya pun ambil semua, satu lawan satu, satu lawan dua, satu lawan tiga. Inilah politik.

“Sebab itu saya tidak mahu menyombong diri kerana bersikap angkuh nanti rakyat marah.

“Saya faham kenyataan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saya pun ada dekat situ dahulu. Saya tak mahu hadapi satu pertembungan yang akhirnya kita mengalih pandangan daripada soal pokok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan fasa pertama Zon Ekonomi Khas Pagoh di Galeri Jualan Sime Darby, di sini hari ini.

Kenyataan itu dibuat Muhyiddin sebagai mengulas ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 pagi tadi.

Mohamad yang menekankan konsep ‘perpaduan ummah’ dan ‘penyatuan Melayu’ dilaporkan berkata UMNO perlu memimpin perkara itu dan bukannya parti lain.

Sementara itu, Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang sedang berlangsung dijangka akan memuktamadkan soal kerjasama dengan Bersatu, manakala sokongan untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanyalah dibuat sehingga Parlimen dibubarkan untuk menghadapi PRU-15. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya