UMNO akui pembahas ditukar saat akhir - Utusan Malaysia

UMNO akui pembahas ditukar saat akhir

PERWAKILAN mengaminkan doa semasa Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terdapat perbincangan di peringkat awal untuk membenarkan semua Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berucap di pentas Perhimpunan Agung Umno 2020.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, bagaimanapun keputusan tersebut ditukar saat akhir kerana ada di antara Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang bimbang dengan kelantangan beberapa Pengerusi Perhubungan UMNO negeri yang tidak seiring dengan pucuk pimpinan parti.

“Sebenarnya memang ada perbincangan idea Pengerusi Perhubungan untuk berucap. Jadi ia bukan satu perkara luar biasa dan kalau katakan nak cakap pasal keadaan di negeri siapa yang layak yang hendak bercakap, sudah tentulah pengerusi negeri.

“Namun keadaan hari ini sudah agak berbeza daripada dulu, kekuatan UMNO ini memang berada di peringkat akar umbi yang dibawa oleh kepimpinan pengerusi. Memandangkan setiap negeri mempunyai pandangan berbeza-beza ia akan menyebabkan perwakilan percaya.

“Jadi saya lihat bila kita beri kepada ketua perhubungan untuk berucap ia boleh membawa atau memberikan gambaran sebenar kepada kekuatan yang berbeza di antara negeri-negeri.” katanya.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa senarai pembahas serta teks ucapan sudah ditentukan dari awal oleh Majlis Tertinggi (MT).

“Perwakilan dengar saja di bahagian masing-masing. Jurucakap yang dipilih sudah digantikan. Hanya orang yang dilantik presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) boleh bercakap.

“Usul MT untuk meluluskan ucapan dasar presiden hanya boleh dibahas ahli MT saja. Matlamatnya adalah untuk sokong (dan) semua senada. Bermakna MT lebih tinggi daripada PAU walaupun perlembagaan parti menyatakan sebaliknya,” dakwa Annuar dalam kenyataannya, semalam.

Dalam masa yang sama, sumber memberitahu Utusan Malaysia bahawa terdapat ‘kejutan’ yang akan berlaku pada PAU hari ini.

Difahamkan, ia melibatkan perpecahan parti itu, namun hanya serpihan sahaja yang tidak memberi kesan keseluruhan kepada UMNO.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya