Ubah suai ekzos, 19 motosikal disita - Utusan Malaysia

Ubah suai ekzos, 19 motosikal disita

MOTOSIKAL yang diperiksa dalam Op Khas Kesalahan Bunyi Bising yang dijalankan di Perak sejak 1 Mac lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis mengeluarkan 679 saman dan menyita 19 buah motosikal atas kesalahan ubah suai ekzos dalam Op Khas Kesalahan Bunyi Bising bermula 1 Mac lalu hingga semalam.

Operasi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak itu diadakan menerusi sekatan jalan raya (SJR) di 21 lokasi di seluruh negeri.

Operasi itu turut disertai pegawai dan anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua JSPT negeri, Superintenden Zakaria Abd. Rahman berkata, saman tersebut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk ubah suai kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan tiada cermin sisi.

Katanya, 19 buah motosikal yang disita itu melibatkan kesalahan ubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising melebihi kadar ditetapkan.

“Operasi ini diadakan di seluruh negeri bagi mengesan motosikal yang diubah suai pada bahagian ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising dan mengganggu orang ramai

“Dalam operasi itu, kita mendapati kebanyakkan pemilik motosikal yang melakukan kesalahan tersebut berusia antara 16 hingga 40 tahun,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi menuntut semula motosikal yang disita, pemilik kenderaan perlu menukar semula ekzos yang diubah suai dengan memasang semula ekzos asal.

Katanya, JSPT Perak sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik motosikal yang mengubahsuai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka kerana kesalahan tersebut telah menimbulkan rasa tidak selesa pada masyarakat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya