Tuntut ilmu keusahawanan, digitalkan perniagaan - Utusan Malaysia

Tuntut ilmu keusahawanan, digitalkan perniagaan

WAN Junaidi Tuanku Jaafar bersama panelis dan peserta program Sesi Interaktif Peserta dan Alumni INSKEN yang diadakan di Melaka pada 21 Mac 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan-usahawan kecil disaran sentiasa menuntut ilmu keusahawanan tidak kira apa jua bentuk program latihan mahupun bimbingan agar bersedia umemajukan perniagaan serta bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar dan kompetitif.

Bercakap dalam sesi interaktif bersama usahawan baru-baru ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berpandangan, para usahawan memerlukan program bimbingan jika mahu beralih ke arah ekonomi digital seiring dengan perubahan era globalisasi.

Justeru, katanya, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah memperbanyakkan program latihan berasaskan topik digital sebagai persediaan BAGI membantu usahawan melaksanakan transformasi perniagaan dari konvensional kepada digital.

“Saya faham, untuk mendigitalkan bisnes bukan mudah lebih-lebih lagi untuk usahawan usahawan kecil tetapi ia boleh dilaksanakan dan INSKEN sedia untuk membantu,” katanya.

Turut menjadi panel sesi interaktif adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Encik Muhd Firdaus Azharuddin selaku moderator.

Sesi interaktif ini telah diadakan pada 19 Mac 2021 di negeri Johor dan 21 Mac 2021 di negeri Melaka, dengan tujuan untuk memberi peluang kepada usahawan yang terdiri daripada peserta dan alumni program anjuran INSKEN berkongsi pendapat, cadangan serta maklum balas mengenai isu berkaitan keusahawanan.

Antara usahawan yang terlibat di negeri Johor adalah 56 peserta dari program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Bakeri; program bimbingan empat bulan berasaskan industri bakeri dan alumni program Online Onboarding Coaching Programme (E-Board).

Program bimbingan selama tiga bulan turut diadakan bagi memperkukuhkan kemampuan dan kapasiti usahawan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta koperasi dalam penggunaan platform e-Dagang melalui bimbingan (handhold) yang intensif secara atas talian) manakala sesi interaktif di negeri Melaka pula dihadiri oleh 63 peserta dan alumni program IBBC Café & Restaurant.

Maklumat lanjut mengenai program-program anjuran INSKEN boleh diperolehi melalui laman web rasmi INSKEN di www.insken.gov.my.

Kapsyen: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama panelis dan peserta program Sesi Interaktif Peserta dan Alumni INSKEN yang diadakan di Melaka pada 21 Mac 2021. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya