Tunku Ali Redhauddin dilantik Komander Rejimen 508 Askar Wataniah - Utusan Malaysia

Tunku Ali Redhauddin dilantik Komander Rejimen 508 Askar Wataniah

TUANKU Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, berkenan menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah di Istana Seri Menanti dekat sini hari ini.

Istiadat berkenaan dimulakan dengan Markas Tentera Darat, Bahagian Pasukan Simpanan, Mejar Mohd. Khairi Amzah menghadap dan memohon perkenan pembacaan pengisytiharaan kuasa kelulusan kenaikan pangkat.

Pelantikan tersebut dicapai melalui Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-589 yang bersidang pada 24 November 2020 lalu.

Ia kemudian telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menganugerahkan pangkat Brigedier Jeneral dalam Rejimen Askar Wataniah kepada Tunku Besar Seri Menanti dan menjawat jawatan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah.

Yang hadir sama dalam istiadat berkenaan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.-UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya