Tunggu alasan penghakiman secara bertulis isu kalimah Allah - Utusan Malaysia

Tunggu alasan penghakiman secara bertulis isu kalimah Allah

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memutuskan tindakan susulan daripada aspek perundangan selepas menerima alasan penghakiman secara bertulis dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya mengambil maklum keputusan berkaitan isu kalimah ‘Allah’ dan hal-hal lain yang telah dibawa Jill Ireland Lawrence Bill terhadap KDN, semalam.

“Semua pihak juga diseru untuk tidak membuat sebarang spekulasi mahupun tafsiran sendiri ke atas keputusan tersebut.

“Proses perundangan dan kehakiman negara perlu dihormati oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.

Ia mengambil masa selama 13 tahun dua bulan, sejak difailkan pada 2008.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya