Tuan Ibrahim cabar semangat setiakawan PN dibuktikan - Utusan Malaysia

Tuan Ibrahim cabar semangat setiakawan PN dibuktikan

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar semangat setiakawan melibatkan parti tertentu sebagai rakan perjuangan dapat dibuktikan dalam Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, semua pihak telah bertekad untuk membina penyatuan ummah dan ia perlu buktikan bersama.

“Pemimpin yang mengerakkan rakyat agar bersatu, bukan rakyat menyuruh pemimpin bersatu. Apakah ini sebahagian daripada kebiasaan baharu?

“Amat wajar semua parti komponen yang membentuk kerajaan PN memberi fokus bagi membantu rakyat dalam situasi yang penuh mencabar ini. Buktikan setiakawan dengan menjadi kawan yang setia,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada surat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan kebersamaan parti itu dengan PN hanya diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Surat bertarikh 26 Februari itu dilaporkan dihantar kepada Muhyiddin memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

UMNO dan Bersatu serta beberapa parti termasuk Pas merupakan parti yang menyertai kerajaan PN sejak kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya