Trizure perkenal program mentor-mentee, Sharezeqi - Utusan Malaysia

Trizure perkenal program mentor-mentee, Sharezeqi

ZUHAIRI AB KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Syarikat multimedia, Trizure International (M) Sdn. Bhd. memperkenalkan program mentor-mentee, kongsi rezeki (Sharezeqi) dalam usaha melahirkan dan membina empayar usahawan yang terarah.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, terdapat tiga fasa ditetapkan syarikat berkenaan bagi pelaksanaan program berkenaan iaitu biasa, pertengahan dan luar biasa.

Jelasnya, usahawan Trizure yang dilantik akan dinamakan sebagai pemilik perniagaan bebas (IBO).

“Fasa biasa akan bermula dengan proses membuat kertas kerja bersesuaian ke arah pinjaman dari entiti kerajaan manakala fasa pertengahan melibatkan jaminan pulangan pinjaman dengan medium emas.

“Fasa luar biasa pula melibatkan jaminan selesai pinjaman dan memiliki perniagaan sendiri dan didaftarkan dibawah dewan perniagaan untuk memasarkan produk keluar negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zuhairi berkata, untuk melaksanakan program berkenaan, Trizure telah mengadakan jalinan rakan strategi dengan lebih kurang 35 negara seluruh dunia.

“Menerusi program itu, usahawan Trizure akan dipantau pada setiap fasa tersebut berdasarkan etika mydigital dalam perniagaan.

“Trizure juga sedang menyusun prosedur operasi standard (SOP) bersesuaian dengan prinsip ‘rule of law’ dalam proses mentor-mentee, Sharezeqi” jelasnya.

Beliau dalam pada itu berkata, petunjuk prestasi utama (KPI) yang diutamakan dalam perlaksanaan program berkenaan adalah jaminan pinjaman, perniagaan dan pembayaran semula.

“Situasi dan konsep Trizure ini akan mengurangkan masalah pinjaman tidak berbayar (NPL), mengangkat martabat ushawan bersih dari hutang dan memberikan kesan kepada negara ke arah perindustrian dan ekonomi mampan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN