Transaksi dalam talian, aduan tertinggi diterima KPDNHEP tahun lalu - Utusan Malaysia

Transaksi dalam talian, aduan tertinggi diterima KPDNHEP tahun lalu

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Aduan pengguna mengenai transaksi dalam talian adalah antara 10 kategori aduan tertinggi diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sepanjang tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya menerima 11,674 aduan mengenai transaksi dalam talian sepanjang tahun lalu yang mewakili 35.2 peratus daripada keseluruhan aduan yang diterima.

Beliau berkata, sembilan aduan tertinggi lain termasuk berkaitan harga (8,366 kes); perkhidmatan mengelirukan (5,250 kes); iklan mengelirukan (1,112 kes); perihal perdagangan palsu (67) dan barang kawalan (967).

“Selain itu, aduan lain termasuk berkaitan bengkel kenderaan bermotor (961 kes); barang tiruan (621 kes); jualan murah (530 kes); sewa beli kenderaan (517) dan lain-lain (2,174 kes).

“Aduan itu diterima menerusi 10 saluran aduan termasuk portal e-aduan, Ez ADU, WhatsApp, hadir sendiri, e-mel, telefon, bilik gerakan KPDNHEP negeri, talian hotline, surat dan lain-lain,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, secara keseluruhan, kementeriannya berjaya menyelesaikan 98.5 peratus aduan berkenaan manakala bakinya masih dalam siasatan.

Alexander berkata, sepanjang tahun lalu juga, nilai tuntutan diterima pengguna bagi tuntutan tebus rugi adalah berjumlah RM31.9 juta berbanding RM27.9 juta tahun sebelumnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya