Trafik Melaka kutip RM1.15 juta saman tertunggak - Utusan Malaysia

Trafik Melaka kutip RM1.15 juta saman tertunggak

ORANG ramai hadir merebut peluang menyelesaikan bayaran saman yang tertangguh di pejabat-pejabat trafik IPD di Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak RM1.15 juta bayaran saman dikutip Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri sepanjang tempoh tiga hari tawaran diskaun 50 peratus yang diadakan sempena sambutan Hari Polis Ke-214, sejak Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, sepanjang tawaran itu berlangsung, seramai 2,311 pesalah trafik hadir merebut peluang menyelesaikan bayaran saman yang tertangguh.

Beliau berkata, pembayaran saman itu dibuat di kaunter pejabat-pejabat trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di Melaka yang dibuka seawal pukul 8 pagi sehingga 4 petang.

“Sepanjang tempoh tiga hari dilaksanakan iaitu sehingga semalam, seramai 2,311 pesalah trafik telah hadir membuat pembayaran saman di pejabat trafik IPD Melaka yang terlibat.

“Sebanyak 10,068 saman telah diselesaikan dengan melibatkan nilai kutipan sebanyak RM1,152,040,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, sebanyak RM870,010 bayaran saman dikutip melalui pembayaran tunai, manakala baki RM282,030 menerusi kad kredit.

“Pembayaran saman yang dibuat melibatkan pelbagai kategori kesalahan jalan raya dengan sebanyak 6,499 saman di bawah Pol 170A manakala 3,569 saman mengikut Pol 257.

“Bagaimanapun terdapat beberapa kesalahan yang tidak layak untuk mendapat diskaun ini antaranya saman tahun 2020 dan 2021 bagi kesalahan menggunakan lorong kecemasan, potong secara bahaya, potong garisan berkembar dan ubah suai ekzos yang dikeluarkan bermula 1 Mac lalu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya