TNB rugi RM9 juta, lombong Bitcoin curi elektrik - Utusan Malaysia

TNB rugi RM9 juta, lombong Bitcoin curi elektrik

ABDUL MAJID Mohd. Ali (dua dari kiri) ditunjukkan mesin Bitcoin yang dirampas dalam operasi IPD Alor Gajah dan IPK Melaka - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Enam suspek termasuk dua beradik ditahan selepas dipercayai mencuri elektrik bagi kegiatan sindiket melombong Bitcoin sehingga menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menanggung kerugian sebanyak RM9 juta, sejak dua tahun lalu.

Kesemua suspek berusia antara 29 tahun hingga 39 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan masing-masing di Alor Gajah, Merlimau, Jasin dan Puchong, Selangor antara pukul 12 tengah hari pada 16 Mac sehingga 3.30 pagi keesokkannya.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, hasil risikan, serbuan pertama dibuat sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di sebuah premis di Taman Sungai Petai Bahagia.

“Pasukan BSJ menahan tiga lelaki tempatan dan seorang warga Indonesia yang sedang memunggah mesin-mesin Bitcoin masuk ke dalam sebuah kenderaan.

“Susulan tangkapan itu, kita menahan seorang wanita berusia 32 tahun di Merlimau dan adiknya 30 tahun di Puchong yang bertindak sebagai pengurus serta akauntan bagi sindiket ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya