Tiga pengedar dadah ditahan di Kemaman - Utusan Malaysia

Tiga pengedar dadah ditahan di Kemaman

MOHD. Haki Hasbullah (empat, kiri) menunjukkan dadah yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan di Kemaman bermula Ahad hingga semalam. -UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Tiga lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar daerah ini sejak beberapa bulan lalu berjaya diberkas dalam tiga serbuan berasingan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Haki Hasbullah berkata, kesemua mereka yang berusia antara 35 hingga 44 tahun itu ditahan dalam serbuan bermula Ahad lalu hingga Isnin. 

Katanya, polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk beberapa paket serbuk atau ketulan kristal disyaki syabu dan 430 biji pil kuda dalam keratan tiub straw yang dianggarkan bernilai  RM32,000. 

“Suspek pertama yang berusia 44 tahun ditahan di kawasan parkir perumahan berhampiran sempadan Kemaman-Kuantan di sini kira-kira pukul 7.40 malam pada Ahad lalu. 

“Dalam serbuan kedua pada pukul 12.15 tengah malam semalam, seorang lelaki berusia 38 tahun dicekup di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang dan selang tiga jam kemudian, seorang lagi ditahan di lokasi sama kira-kira tiga kilometer dari kediaman suspek kedua,”  katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, hari ini. 

Mohd. Haki berkata, dua individu terbabit didapati memiliki rekod lampau kes dadah dan jenayah di samping seorang yang positif dadah jenis methamphethamine. 

Katanya, kesemua mereka direman hingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya