Tiga lelaki Pakistan ditahan guna permit PKP palsu - Utusan Malaysia

Tiga lelaki Pakistan ditahan guna permit PKP palsu

Suami isteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lelaki warga Pakistan kerana dipercayai cuba menggunakan permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang palsu semasa membuat pembelian tiket bas dari bandar raya ini ke Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, suspek yang ditahan berusia antara 28 hingga 41 tahun.

Menurut beliau, siasatan mendapati suspek membeli permit pergerakan PKP palsu itu dengan harga RM50 sekeping.

“Ketiga-tiga suspek ditahan polis bantuan ketika mereka mengemukakan permit PKP terbabit cuba membeli tiket ke Kuala Lumpur di Terminal Bas Larkin, dekat sini.

“Siasatan dibuat mendapati mereka membeli permit palsu itu daripada seorang individu tidak dikenali dengan bayaran RM50 bagi sekeping borang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, suspek membuat pembelian itu dengan membayar secara memasukkan wang ke dalam akaun bank tempatan individu berkenaan.

“Semakan rekod yang dibuat mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Tambah beliau, kesemua suspek kini dikenakan tahanan reman selama 14 hari bermula tarikh tangkapan sehingga 1 April.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menggunakan jalan mudah dengan mendapatkan permit PKP melalui pihak ketiga dengan sejumlah bayaran bagi tujuan rentas negeri.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menyalahgunakan permit PKP terbabit,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan permit PKP boleh membuat laporan dengan menghubungi talian 07-2182323.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya