Tiga lelaki ditahan, proses air ketum di dapur rumah - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditahan, proses air ketum di dapur rumah

ANTARA barangan berupa air ketum, daun ketum dan peralatan memproses ketum yang dirampas dalam operasi di Taman Kasih Putera, Bahau, Jempol, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Tiga lelaki termasuk seorang remaja ditangkap polis ketika sedang memproses air ketum di dapur sebuah rumah di Taman Kasih Putera, Bahau, di sini, semalam.

Ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 19 tahun hingga 34 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol dalam satu operasi bermula pukul 11 pagi dan berakhir pukul 1 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam operasi berkenaan, polis merampas 225 bungkus plastik lutsinar cecair air ketum yang dianggarkan nilai isipadunya sebanyak 225 liter dan lapan bungkus plastik warna hitam berisi daun ketum dengan berat anggaran 45 kilogram.

“Polis turut merampas 144 botol ubat batuk, empat tong plastik warna oren, dua tong plastik warna merah, dua tong gas, dua dapur masak, dua periuk belanga, satu alat timbang dan tiga alat penapis besar,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Chang Hook berkata, dalam serbuan berkenaan juga ditemukan satu peket plastik berisi bahan disyaki dadah berbahaya jenis Syabu dan peralatan menghisap dadah.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, didapati salah seorang daripada suspek berusia 27 positif dadah jenis Methamphetamine manakala dua yang lain didapati negatif dadah.

“Salah seorang daripada suspek juga mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah.

“Kesemua suspek yang berasal dari Felda Lui Selatan ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan 12 (2) Akta Dadah Berbahya 1952,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya