Tiga lelaki bersama rokok seludup bernilai RM351,620 ditahan - Utusan Malaysia

Tiga lelaki bersama rokok seludup bernilai RM351,620 ditahan

TIGA lelaki yang ditahan kerana memiliki rokok seludup bernilai RM351,620 di Jalan Jaya Putra, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga pengedar rokok seludup ditahan polis bersama sejumlah RM351,620 rokok tersebut dalam operasi di sebuah premis di Jalan Jaya Putra, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am, Superintenden Dimin Awang berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan berusia antara 38 tahun hingga 45 tahun.

Jelas beliau, rokok seludup yang dirampas itu berjenama ‘Manchester Royal Red’.

“Sepasukan polis menahan kesemua mereka dalam satu operasi yang dijalankan di sebuah premis pada pukul 11.20 pagi, semalam.

“Selain 1,700 karton rokok seludup bernilai RM351,620, turut dirampas sebuah kenderaan jenis Honda City yang dipercayai digunakan suspek untuk mengedar rokok seludup itu di sekitar bandar raya ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 manakala siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya