Tiga empangan air Melaka kembali penuh - Utusan Malaysia

Tiga empangan air Melaka kembali penuh

SULAIMAN MD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hujan lebat yang melanda negeri ini sejak semalam telah menyebabkan paras air di tiga empangan kembali menghampiri paras penuh.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, semua empangan utama iaitu di Durian Tunggal, Jus dan Asahan kini melebihi 70 peratus penuh.

“Mengikut data diperoleh hari ini, empangan Durian Tunggal yang boleh menampung 22,013 juta liter air berapa pada tahap 70.6 peratus penuh.

“Manakala di Jus yang berkapasiti 36,365 juta liter air pula merekodkan 84.1 peratus penuh, kemudian diikuti Asahan dengan 99.9 peratus penuh,” katanya di sini hari.

Cuaca panas yang berpanjangan selama beberapa bulan seperti sudah berakhir semalam, yang mana hujan lebat  turut mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan antaranya di daerah Melaka Tengah.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, lima buah kereta terkandas dalam kejadian banjir kilat di Taman Krubong Perdana di sini, susulan hujan berterusan kira-kira dua jam bermula pukul 5.30 petang semalam.

Difahamkan, kesemua pemandu dan penumpang yang berada dalam kenderaan tersebut bagaimanapun berjaya keluar menyelamatkan diri.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri memaklumkan, setakat pukul 12.40 tengah hari tadi, tiada kawasan yang dilaporkan dinaiki air. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya