Tiga daerah berisiko IPU tidak sihat - Utusan Malaysia

Tiga daerah berisiko IPU tidak sihat

MOHD. SHARKAR SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Tiga daerah di negeri ini iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin dikenal pasti sebagai berisiko untuk mencapai indeks pencemaran udara yang tidak memberangsangkan sekiranya kegiatan pembakaran terbuka tidak dipantau.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, ini kerana daerah-daerah berkenaan mempunyai kawasan tanah gambut dan hutan yang luas sekali gus memudahkan merebaknya kebakaran sekiranya ia berlaku.

Menurutnya, walaupun terdapat peruntukan undang-undang untuk menghukum mereka yang menyebabkan kebakaran terbuka, adalah lebih wajar sekiranya masyarakat mengambil sikap dan tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dengan tidak memulakan pembakaran terbuka.

Beliau berkata, indeks pencemaran udara (IPU) di Rompin sebagai contoh pada minggu lalu mencatat I paras 167 disebabkan kebakaran tanah gambut di daerah itu.

“Kalau tidak dikawal, kesannya mungkin mencecah 300 mata (IPU) dan ke atas dan pada peringkat ini, risikonya amat tinggi untuk kesihatan semua.

“Sudahlah kita sedang berdepan pandemik Covid 19 pada ketika ini, kalau di tambah pula dengan keadaan cuaca kering dan indeks pencemaran udara yang membahayakan kesihatan kita semua.

“Oleh itu kerajaan menyeru kepada orang ramai mengambil inisiatif dan tanggungjawab agar masing-masing menjaga alam sekitar dan tidak terlibat dengan aktiviti kebakaran terbuka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Sharkar berkata, kerajaan negeri lebih mengutamakan aspek kesedaran untuk mencegah kebakaran terbuka kerana hanya sikap tanggungjawab dapat menghindarinya daripada berlaku.

“Orang ramai yang terlihat berlakunya kebakaran terbuka boleh menghubungi pihak berwajib di talian 09-5730636 atau 1800882727 untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya