Tiada PKPD, hanya kawalan pencegahan di Taman Guru - Utusan Malaysia

Tiada PKPD, hanya kawalan pencegahan di Taman Guru

KAWALAN dan sekatan di laluan masuk perumahan Taman Guru, Kuantan oleh pihak berkuasa dalam usaha mengawal penularan jangkitan Covid-19 di sini hari ini. UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis menjalankan strategi pencegahan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di laluan utama keluar masuk di perumahan Taman Guru, dekat sini, hari ini susulan terdapat peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, tiada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang ditularkan di media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.

“Saya ingin tegaskan sekatan ini bukan PKPD, tetapi hanya sebagai tindakan pencegahan bagi mengawal penularan Covid-19 di taman ini daripada terus meningkat.

“Penduduk masih boleh keluar masuk seperti biasa, kita hanya perlukan kerjasama baik daripadasemua pihak bagi memastikan kelancaran sekatan jalan ini.

“Kita juga minta, penduduk di kawasan berkenaan menyediakan dokumen yang sesuai bagi membolehkan petugas kita membuat semakan apabila keluar dan masuk kerana ia sangat mustahak,” katanya ketika ditemui selepas membuat tinjuan ke kawasan Taman Guru, di sini hari ini.

Perumahan Taman Guru menempatkan seramai 1,500 hingga 2,500 penduduk membabitkan kawasan yang berkeluasan 3.50 kilometer.

Terdahulu, tular berkenaan kawasan tersebut berdepan PKPD berkuatkuasa hari ini bermula pukul 12.01 pagi sehingga 4 April ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya