Tiada kelibat Datuk Seri Nicky dikesan di Pulau Pinang setakat ini - Utusan Malaysia

Tiada kelibat Datuk Seri Nicky dikesan di Pulau Pinang setakat ini

SAHABUDIN Abd. Manan menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang anggotanya dalam sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kelibat ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33, yang sedang diburu polis Johor tidak dikesan berada di negeri ini setakat ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, pihaknya turut menerima dan berkongsi maklumat daripada polis Johor bagi membantu mengesan suspek.

“Kita memang ada terima maklumat daripada Polis Johor berhubung pemburuan suspek itu dan maklumat mengenainya juga sudah diuar-uarkan kepada kepada polis Pulau Pinang termasuk anggota yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR),” katanya.

Sahabudin ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Polis Johor ketika ini sedang mengesan ahli perniagaan itu yang juga pengasas Winner Dynasty Group yang beralamat terakhir di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor.

Dia dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 130V hingga 130ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sebelum ini berkata, pihaknya percaya ahli perniagaan itu masih berada di Puchong, Selangor dan sedang menjalankan usaha bagi mengesannya.

Katanya, dua kertas siasatan berkaitan individu itu sudah dibuka di Johor di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Soon Hee pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur, empat tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya