Telur sotong katak dari Indonesia cuba diseludup - Utusan Malaysia

Telur sotong katak dari Indonesia cuba diseludup

Suami isteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perak merampas dua tong ikan berisi telur sotong katak dari negara Indonesia dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini di pintu masuk Maqis Pelabuhan Lumut di sini semalam. 

Pengarah Maqis negeri, Rozita Superman berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh pegawainya ke atas tong-tong ikan tersebut, menemui 20 kotak seberat 160 kilogram telur sotong katak sejuk beku tanpa permit import Maqis yang sah.

“Kesemua barang dagangan tersebut yang dianggarkan bernilai RM4,800 telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rozita, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit import dikeluarkan Maqis adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Katanya, mereka yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama iaitu didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Pihak Maqis sentiasa komited dalam menjalankan tugas di pintu-pintu masuk negara, ini bagi memastikan sebarang kemasukan produk pertanian, perikanan dan haiwan sentiasa dipatuhi bagi menjamin keselamatan makanan negara,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya