Telur keluaran tempatan selamat - Utusan Malaysia

Telur keluaran tempatan selamat

RONALD Kiandee (baju hitam) bergambar bersama penerima bantuan pada Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Tabung Bencana Tanaman Padi di PPK Mada H-11, Kepala Batas, Jitra Kubang Pasu hari ini. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi jaminan telur keluaran tempatan selamat untuk dimakan.

Ia susulan penarikan balik telur ayam ladang ayam penelur Lay Hong Jeram, Selangor dari pasaran Singapura baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, jangkitan dipercayai bakteria Salmonella Enteriditis (SE) pada konsainan telur yang dieksport ke negara tersebut hanya melibatkan ladang CES 008 itu sahaja.

“Maklumat awal yang saya peroleh ia (jangkitan) hanya membabitkan satu ladang dan ladang tersebut sudah dikenal pasti oleh agensi berkenaan.

“Masalah ini berpunca daripada satu ladang sahaja dan bukan satu wabak jangkitan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Tabung Bencana Tanaman Padi di PPK Mada H-11, Kepala Batas, Jitra di sini hari ini.

Yang hadir sama timbalannya, Datuk Che Abdullah Mat Nawi; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan negeri, Azman Nasrudin serta Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Mengulas lanjut, katanya, kementerian akan mendapatkan maklumat terperinci berhubung perkara itu daripada agensi terlibat.

“Saya rasa ini adalah satu jangkitan tertentu di ladang tertentu. Bagaimanapun saya akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini,” katanya.

Tambah beliau, kementerian juga akan berhubung dengan agensi terlibat dari Singapura bagi mendapatkan laporan terperinci tentang jangkitan berkenaan.

Akhbar melaporkan, Singapura mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik dari pasaran telur yang dihasilkan di Lay Hong Berhad Layer Farm Jeram di Malaysia, sebagai langkah berjaga-jaga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya