Tekanan perasaan punca remaja mahu terjun jejambat - Utusan Malaysia

Tekanan perasaan punca remaja mahu terjun jejambat

ABD. Jalil Hassan (kiri) bersama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri (kanan) menunjukkan kenderaan jenis Hilux GS Kargo dalam majlis penyerahan kenderaan Pasukan di Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alor Akar di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD. WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tekanan perasaan dipercayai punca seorang remaja berusia 16 tahun bertindak untuk terjun dari jejambat di Kilometer 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Berjaya Hills Bukit Tinggi, Bentong seperti tular semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan awal mendapati, kemurungan yang dialami juga faktor remaja itu tekad membuat tindakan sendiri dalam cubaan membunuh diri itu.

Bagaimanapun katanya, remaja itu diselamatkan Ketua Polis Balai Bukit Tinggi, Sarjan Mejar Maznan Omar dan dibantu Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.

“Tindakan pantas ketua balai itu berjaya menarik remaja berkenaan ke belakang dan dibantu beberapa anggota lain. Sejurus itu, secara kebetulan Norol Azali yang dalam perjalanan ke Karak turut tampil membantu menenangkan remaja berkenaan.

“Bagi saya tindakan mereka merupakan satu peristiwa yang membanggakan kerana dapat menyelamatkan nyawa seorang remaja daripada mengambil tindakan sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan Pasukan Kontinjen Pahang dekat sini hari ini.

Semalam, tular video seorang remaja berusia 16 tahun cuba terjun daripada sebuah jejambat di Kilometer 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bukit Tinggi.

Abd. Jalil berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan remaja tersebut telah dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

“Kita tidak mahu berlaku kes seperti ini lagi, jadi remaja yang ada tanda-tanda tekanan perasaan dinasihatkan untuk dirujuk kepada pakar tertentu.

“Sekurang-kurangnya mereka tidak bertindak membahayakan diri mereka seperti cubaan membunuh diri ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya