Tawaran ke Sekolah Khusus boleh disemak Jumaat ini - Utusan Malaysia

Tawaran ke Sekolah Khusus boleh disemak Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semakan tawaran kemasukan murid ke Sekolah Khusus di bawah Kementerian Pendidikan dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan untuk tahun ini boleh dibuat mulai 19 dan 23 Mac ini.

Sekolah Khusus di bawah Kementerian Pendidikan meliputi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV).

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, semakan tawaran kemasukan ke SBP dan SMKA bagi Tingkatan Satu boleh dibuat pada Jumaat ini manakala semakan ke SBP, SMKA dan SMT bagi Tingkatan Empat pula Selasa depan.

Katanya, semakan tawaran kemasukan ke KV bagi peringkat Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (1SVM) dan semakan temuduga ke MTD juga boleh dibuat pada Selasa ini.

“Kementerian Pendidikan telah selesai melaksanakan proses pentaksiran kemasukan murid ke Sekolah Khusus iaitu SBP, SMKA, SMT, KV dan MTD untuk tahun ini.

“Sehubungan itu semakan tawaran kemasukan ke sekolah khusus berkenaan boleh dibuat seperti ketetapan yang diumumkan,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, kementerian juga menetapkan tarikh pendaftaran murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus berkenaan adalah pada 6 April depan.

Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran boleh diperoleh melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan Satu dan
https//:spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan Empat.

Semakan tawaran juga boleh dilakukan melalui pautan sama.

Tarikh pendaftaran ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya