Tawaran baharu PN wujud kestabilan politik - Utusan Malaysia

Tawaran baharu PN wujud kestabilan politik

abdul hadi
ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menyifatkan tawaran baharu oleh Perikatan Nasional (PN) kepada rakyat Malaysia demi memastikan kebajikan negara terjamin, mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan mengekalkan keharmonian antara kaum.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya berpegang kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang, konsep adil untuk semua, kepimpinan berintegriti dan berakhlak budiman serta mengambil pendekatan politik menyatukan ummah.

“Pas menyambut baik saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PN adalah suatu tawaran baharu (new deal) kepada rakyat Malaysia, demi memastikan kebajikan rakyat terjamin, mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan mengekalkan keharmonian antara kaum.

“Justeru, Pas menyeru semua pihak supaya mendukung pendekatan sederhana, prihatin rakyat dan berkebajikan yang dibawa oleh PN dan menolak pendekatan ekstrem, oportunis dan melampau yang tidak sesuai dengan negara Malaysia bermasyarakat majmuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Ke-49 Parti Gerakan memaklumkan PN merupakan tawaran baharu kepada rakyat Malaysia dan akan terus kekal untuk tempoh yang panjang serta diyakini menjadi gabungan parti politik pilihan utama.

Muhyiddin berkata, PN ingin kekal sebagai sebuah gabungan politik berkongsi aspirasi negara untuk generasi akan datang dan mahu memimpin Malaysia dengan lebih cekap, berkesan dan kompeten.

Katanya, malah pihaknya ingin terus merasai denyut nadi rakyat dan memenuhi keperluan mereka penuh prihatin di samping mempunyai aspirasi yang tinggi untuk terus memelihara perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama.

Selain Pas, antara komponen PN adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Gerakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya