Tapir mati dirempuh pacuan empat roda - Utusan Malaysia

Tapir mati dirempuh pacuan empat roda

SEEKOR tapir mati dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 39, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi di Kampung Bukit Diman, Hulu Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Lelaki berdepan detik cemas selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh seekor tapir di  Kilometer 39, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi di Kampung Bukit Diman, di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa, Ang Yan Jun, 27, tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun, tapir berkenaan mati di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, mangsa yang beralamat di Taman Sri Dungun di Dungun dikatakan dalam perjalanan dari arah Wakaf Tapai, Marang menuju ke Jerangau, Dungun.

“Setibanya di tempat kejadian, tiba-tiba dua ekor tapir melintas dari arah kiri ke kanan jalan di hadapan Mitsubishi Triton dipandu mangsa.

“Jarak yang terlalu hampir menyebabkan mangsa merempuh salah seekor tapir itu walaupun berusaha mengelak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Adli,  akibat pelanggaran itu kenderaan pacuan empat roda mangsa remuk di bahagian depan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya