Tangguh saman kerana ekzos bising - Utusan Malaysia

Tangguh saman kerana ekzos bising

ZUHAIRI AB KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan didesak menangguhkan sementara tindakan menyaman kenderaan yang melakukan kesalahan kecil yang tidak serius seperti ekzos bising, nombor plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi atau ‘fancy’ dan filem penapis haba gelap.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, perkara sedemikian wajar ditangguhkan kerana ia tidak mengundang bahaya yang begitu serius.

“Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disaran memberikan lebih tumpuan pada kes-kes lain yang bahaya terutama yang boleh mengundang maut.

“Antaranya seperti melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan membawa lebih muatan yang mana kesemua itu lebih serius kesalahannya,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemilik motosikal yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pemilik motosikal juga perlu memastikan ekzos tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising.

Zuhairi berkata, perkara remeh seperti ekzos bising yang ditekankan pihak polis dan JPJ pada ketika ini bukan baharu tetapi telah sekian lama berlaku.

“Sewaktu rakyat dikekang dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini, pendapatan rakyat semakin terjejas dan dibebankan pula dengan saman-saman sebegini.

“Tentunya ia akan mengundang lebih banyak kebencian pada kerajaan hari ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya