Tak patuh jarak fizikal paling tinggi ingkar SOP - Utusan Malaysia

Tak patuh jarak fizikal paling tinggi ingkar SOP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam kembali turun selepas tiga hari meningkat.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya 44 individu dicekup berbanding 107 individu diberkas kelmarin dan 80 individu ditahan pada Jumaat lalu.

“Kesemua mereka dikenakan kompaun dengan kes paling banyak ialah gagal mematuhi jarak fizikal yang ditetapkan iaitu sebanyak 39 kes,” katanya melalui kenyataan semalam.

Jelas beliau, ini diikuti dengan kesalahan tiada penyediaan peralatan merekod butiran diri pelanggan (tiga), rentas kawasan tanpa izin (satu) dan tidak memakai pelitup muka (satu).

Terdahulu beliau berkata, jumlah pekerja asing didapati positif Covid-19 setelah melalui saringan wajib di seluruh negara semalam sekali lagi mencatatkan angka terendah dalam sejarah.

Katanya, Kementerian Sumber Manusia merekodkan cuma dua orang positif pandemik itu berbanding lima individu kelmarin.

Angka tersebut mengulangi rekod paling rendah dilaporkan iaitu dua orang yang kali terakhir dikesan pada 14 Mac lalu dan pernah mencatatkan jumlah sama pada 12 Februari lepas.

“Pihak kementerian itu memaklumkan sejumlah 1,357 pekerja warga asing sudah menjalani saringan tersebut di seluruh negara semalam,” katanya.

Secara kumulatif jelas beliau, sejak 1 Disember lalu, seramai 657,220 individu telah pun selesai melakukan ujian mandatori itu yang melibatkan penyertaan sejumlah 34,227 majikan.

Daripada jumlah tersebut jelasnya, cuma 10,064 pekerja warga asing disahkan positif wabak maut berkenaan manakala selebihnya pula iaitu seramai 649,693 orang lagi adalah negatif.

Sebanyak 1,539 klinik terlibat dalam program khas itu selaras arahan kerajaan mewajibkan pekerja asing menjalani ujian dengan kos saringan perlu ditanggung majikan masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya