Tabung Haji sambut baik usaha PM peroleh kuota tambahan - Utusan Malaysia

Tabung Haji sambut baik usaha PM peroleh kuota tambahan

haji
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menyambut baik usaha Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjaya memperoleh 10,000 kuota tambahan semasa pertemuannya dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdul aziz Al Saud, semalam.

Menurut kenyataan itu, penambahan kuota haji ini memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan ibadat haji.

“Kuota tambahan ini dapat mengurangkan masa menunggu (bakal jemaah haji) untuk masa-masa hadapan,” kata kenyataan itu.

Perdana Menteri dibenarkan menunaikan umrah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Beliau berdoa dengan memohon seluruh rakyat Malaysia dan dunia sentiasa berada dalam perlindungan-Nya dan bebas daripada wabak Covid-19.

Tambah Tabung Haji, saban tahun Tabung Haji membuat persediaan rapi merangkumi pelbagai aspek di tanah air dan tanah suci dalam memastikan kelancaran umat Islam di Malaysia melaksanakan rukun Islam ke lima. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya