Syed Abu Hussin nafi anjur program rakyat atas nama Bersatu - Utusan Malaysia

Syed Abu Hussin nafi anjur program rakyat atas nama Bersatu

SYED Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (dua dari kanan) menyerahkan ikan kepada penduduk pada program Kedai Bergerak di Dewan Orang Ramai Sungai Kerang, Trong di Bukit Gantang hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menafikan tuduhan bahawa program rakyat yang beliau anjurkan di sini yang melibatkan penyertaan ahli UMNO adalah atas nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, sebaliknya program beliau yang turut melibatkan penyertaan ahli UMNO bahagian itu adalah program rakyat di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, sehubungan itu, kandungan notis larangan agar ahli UMNO mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu yang dikeluarkan oleh UMNO bahagian ini baru-baru ini, tidak benar sama sekali.

“Program rakyat yang dijalankan di kawasan Parlimen di sini adalah atas kapasiti kerajaan PN dan jentera yang terlibat adalah jentera kerajaan, bukannya atas nama parti Bersatu.

“Sehingga hari ini, saya belum lagi menganjurkan mana -mana majlis atas kapasiti parti. Jadi, kandungan surat berkenaan tidak betul dan tidak menyamai sebagaimana apa yang digambarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita pada program Kedai Bergerak di Dewan Orang Ramai Sungai Kerang, Trong di sini hari ini.

Syed Abu Hussin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berkata, isu itu bagaimana pun tidak menjejaskan usahanya untuk terus berkhidmat kepada rakyat di sini.

“Biarlah apa yang mereka kata, saya tetap akan terus membantu rakyat. Ini bukan masa yang tepat untuk bermain politik ketika rakyat sedang menghadapi kesusahan dalam pandemik Covid-19,” katanya.

Baru-baru ini, UMNO Bukit Gantang mengeluarkan notis yang tidak membenarkan ahlinya mengadakan sebarang bentuk kerjasama politik dengan Bersatu.

Difahamkan notis itu dikeluarkan selepas wujud pelawaan daripada  Syed Abu Hussin untuk bertemu dengan ketua-ketua Wanita UMNO cawangan Parlimen berkenaan.

Pertemuan berkenaan adalah di luar pengetahuan dan makluman UMNO Bahagian dan dianggap sebagai satu tindakan melanggar hierarki parti.

Pimpinan UMNO Bahagian Bukit Gantang sebelum ini pernah mendesak agar Syed Abu Hussin meletak jawatan kerana mendakwa telah mengkhianati parti apabila menyertai Bersatu dari UMNO. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya