Syarikat kuari dikesan bina relau haram - Utusan Malaysia

Syarikat kuari dikesan bina relau haram

PEGAWAI penguat kuasa pelbagai agensi memeriksa relau yang dibina secara haram dalam operasi bersepadu di Keramat Pulai dekat Ipoh semalam. - UTUSAN/GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH:  Sebuah syarikat kuari bakal berdepan dengan tindakan undang-undang apabila disiasat kerana mendirikan sebuah relau secara tidak sah di atas tanah milik kerajaan di dalam zon kuari di Kawasan Perindustrian Keramat Pulai dekat sini dalam Operasi Bersepadu Jabatan Alam Sekiar (JAS) Perak, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, operasi berkenaan dijalankan susulan aduan berhubung kewujudan sebuah premis di kawasan perindustrian yang didakwa beroperasi tanpa kebenaran.

Menurut beliau, selain pihak JAS Perak, operasi itu turut disertai agensi-agensi lain seperti Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Majlis Daerah Batu Gajah dan polis.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati syarikat berkenaan telah membina sebuah relau secara haram di atas tanah milik kerajaan di dalam zon pengkuarian dan telah menjalankan aktiviti pembakaran bahan buangan terjadual. 

“Adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak sekiranya menduduki atau membina apa-apa struktur di atas tanah kerajaan, tanah rizab atau kawasan perlombongan.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil oleh Pejabat Tanah Daerah dengan menghantar notis Seksyen 425 Kanun Tanah Negara pada pemilik untuk merobohkan relau yang dibina di dalam zon pengkuarian ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hukuman denda sehingga RM10,000 dan penjara selama setahun boleh dikenakan jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN