Suspek samun penyelia taska dikenal pasti - Utusan Malaysia

Suspek samun penyelia taska dikenal pasti

ROSLEE Chik menyerahkan sijil penghargaan integriti kepada anggota polis pada sambutan Hari Polis Ke-214 di IPK Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis mengenal pasti suspek utama kejadian samun seorang penyelia taska di Kuala Berang, Hulu Terengganu, kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, suspek yang merupakan penduduk tempatan berusia dalam lingkungan 40-an itu akan diberkas dalam masa terdekat.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut sekiranya kejadian rompak dan samun di sekitar daerah berkenaan melibatkan suspek sama.

“Kita sudah mengenal pasti suspek yang juga seorang penagih dadah dan motif kejadian adalah samun.

“Senapang angin yang digunakan suspek dipercayai buatan sendiri lengkap dengan peluru,” katanya dalam sidang akhbar selepas sambutan Hari Polis Ke-214 di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini.

Kelmarin, akhbar melaporkan seorang penyelia Taska Diha Berkat nyaris ditembak penyamun bersenjatakan senapang angin selepas lelaki tersebut menceroboh masuk ke premis berkenaan, kira-kira pukul 9.30 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya