'Sumpah, saya tak terima habuan RM20,000' - Utusan Malaysia

‘Sumpah, saya tak terima habuan RM20,000’

ARMAND AZHA ABU HANIFAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menafikan beliau antara penerima habuan RM20,000 seperti yang didakwa bagi menjatuhkan UMNO.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, katanya, beliau perlu membersihkan namanya selaku MT UMNO berikutan dikatakan terdapat gerakan dalaman bagi menjatuhkan parti itu.

“Saya adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, saya juga Ketua UMNO Bahagian Selangor. Sebab ada yang mengatakan Selangor terlibat, MT terlibat, jadi saya perlu bersihkan nama saya yang dikatakan ada terima sogokan RM20,000.

“Saya berani bersumpah, dengan kalimah Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kalau saya terima RM20 000 untuk bocorkan mesyuarat MT, saya sedia dilaknat. Kalau saya dapat RM10,000 untuk jatuhkan kepimpinan Presiden, saya juga sedia dilaknat,” katanya semalam.

Sementara itu, seorang lagi ahli MT UMNO, Datuk Khadhirah Abu Zahar enggan memberi komen berhubung dakwaan beliau antara dua dalang membocorkan rahsia mesyuarat MT.

“Jika saya dipecat, mengapa saya masih berada di sini?,” demikian reaksi ringkasnya kepada Mingguan Malaysia berhubung dakwaan tersebut.

Ketika ditanya sekali lagi sama ada terlibat seperti dakwaan berkenaan, beliau enggan mengulas berhubung perkara itu.

“Saya tiada komen,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Sebelum ini, dilaporkan dua MT UMNO yang dikatakan dalang sering membocorkan rahsia mesyuarat MT, sudah dikenal pasti.

Hal berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan di hadapan para ketua bahagian dan sayap Pemuda dan Puteri di Melaka baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya