Sumbangan tabung 1A1SR raih RM14,400 - Utusan Malaysia

Sumbangan tabung 1A1SR raih RM14,400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah keseluruhan sumbangan tabung 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit (1A1SR) meraih sebanyak RM14,400 bagi bantuan peranti dan pelan data untuk penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pusat Strategi Dan Perhubungan Korporat UPM dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan dijangka meningkat dengan kerjasama diberikan oleh warga UPM melalui tabung itu bagi tujuan menyediakan bantuan peranti dan pelan data kepada penuntut yang memerlukannya pada semester baharu.

Menurut kenyataan terbabit, bantuan di bawah Program UPM Prihatin itu melibatkan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat Dan Endowmen (WAZAN) dan Pejabat Bursar bagi meningkatkan jumlah sumbangan terbabit.

Katanya, seramai lima pelajar yang menerima bantuan itu menjelang semester baharu pada bulan ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu berkata, semua warga UPM bersama-sama membantu dalam memberikan kemudahan kepada penuntut yang memerlukan bantuan dengan sumbangan daripada pelbagai sudut.

“Bantuan ini diharapkan menjadi pemangkin untuk UPM terus membantu penuntut dalam bidang akademik seterusnya mengurangkan beban pelajar dan keluarga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya