Sultan Johor mahu JVF dihidupkan semula - Utusan Malaysia

Sultan Johor mahu JVF dihidupkan semula

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencadangkan kerajaan negeri supaya menghidupkan semula Pasukan Johor Volunteer Forces (JVF) yang pernah ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Ibrahim pada tahun 1905.

Baginda bertitah, sebagai permulaan, semua Pegawai Tadbir Negeri Johor perlu diserapkan dibawah JVF dan diberikan latihan asas ketenteraan bersama Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).

“Ini bertujuan menambah kecergasan dan memperkasa disiplin pegawai-pegawai kerajaan negeri.

“Sehubungan itu juga, Pegawai kerajaan negeri boleh memakai uniform JVF semasa bertugas atau menghadiri majlis-majlis bersesuaian.

“Ini secara tidak langsung akan meningkatkan imej dan penampilan Pegawai-Pegawai kerajaan negeri,” titahnya.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Akademi JCS dan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Kerjasama di Pusat Perdagangan Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Majlis berkenaan diadakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda, hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya