Sultan Ibrahim perkenan tubuh Persatuan Anak Bangsa Johor - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim perkenan tubuh Persatuan Anak Bangsa Johor

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar menerima mengadap Jawatankuasa Interim PABJ yang dketuai Mohsen Hasbollah (tiga dari kanan) di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan terhadap penubuhan Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) yang berperanan untuk menyatukan kesemua anak negeri itu.

Sultan Johor bertitah, baginda sentiasa menitikberatkan perpaduan dalam kalangan Bangsa Johor yang menjadi tunjang kemajuan serta pembangunan negeri ini.

“Saya tiada masalah dalam penubuhan persatuan ini, saya mahu Jawatankuasa Interim berbincang secara terperinci mengenai perlembagaan persatuan dan perkara-perkara lain.

“Selepas disiapkan draf perlembagaan, boleh mengadap semula untuk saya menelitinya kerana saya mahu ia (PABJ) adil kepada semua kaum,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO).

Terdahulu, Baginda berkenan menerima mengadap Presiden Interim PABJ, Datuk Mohsen Hasbollah bersama Naib Presiden Interimnya, Law Boo Song dan M. Pubalan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, di sini hari ini.

Mohsen turut mempersembahkan kepada Sultan Ibrahim mengenai kertas kerja penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu antaranya ringkasan kronologi penubuhan persatuan, hala tuju, objektif dan carta organisasi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN