Suami isteri maut kereta bertembung treller - Utusan Malaysia

Suami isteri maut kereta bertembung treller

KEMALANGAN membabitkan sebuah kereta jenis Proton Waja dengan treller petang tadi yang menyebabkan kematian pasangan suami isteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING – Sepasang suami isteri maut dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Waja dengan treller jenis Volvo yang membawa muatan pasir di kilometer 54 Jalan Kluang – Mersing petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu menyebabkan mangsa Rosnan Aris, 64 dan isterinya Aminah Kodir, 70 tinggal di Felda Nitar 2 maut selepas mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata siasatan awal mendapati treller dalam perjalanan dari arah Mersing menuju ke Kluang.

“Ketika tiba di tempat kejadian Proton Waja dinaiki pasangan itu telah hilang kawalan dan memasuki ke laluan bertentangan lalu berlanggar dengan treller tersebut.

“Mangsa pemandu kereta yang bekerja sebagai peniaga kedai makan telah meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat.

“Manakala penumpang hadapan merupakan isteri pemandu disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Mersing ketika sedang menerima rawatan,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya pemandu teller tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat dibawah Seksye 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya