SPRM siasat dakwaan ahli politik ditawar ‘habuan’ - Utusan Malaysia

SPRM siasat dakwaan ahli politik ditawar ‘habuan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah membuka satu kertas siasatan bagi mengesahkan aduan berhubung tawaran rasuah sebanyak RM10 juta membabitkan ahli politik.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, beberapa saksi yang terlibat telah dikenalpasti dan tindakan mengesan dan merakam percakapan sedang dijalankan yang akan turut melibatkan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.

Katanya, langkah itu diambil susulan laporan berkenaan Ahli Parlimen Sekijang yang mendapat tawaran wang RM10 juta untuk beliau lompat parti.

“SPRM Johor menggesa agar semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung perkara ini sehingga siasatan selesai dijalankan. 

“Sekiranya mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa bukti atau keterangan baru sila hubungi SPRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sebelum ini, Natrah dilaporkan mendakwa dihampiri dua individu yang menawarkan pelbagai ganjaran kepadanya ketika berada di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang pada 3 Mac 2021.

Pertemuan pada pukul 11 pagi itu dakwanya melibatkan pertanyaan sama ada beliau bersetuju untuk bersama dalam kumpulan Perikatan Nasional (PN) atau Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sabtu lalu, SPRM mengeluarkan kenyataan memohon Natrah atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan terdapat individu menyogok Ahli Parlimen berkenaan seperti yang tular dalam media sosial. 

Natrah dan mana-mana pihak berkaitan diminta segera tampil membuat aduan kepada SPRM sekiranya perkara itu benar-benar dianggap sebagai perlakuan rasuah. 

Aduan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 mengenai kewajipan melapor transaksi penyogokan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya