PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kini sedang mengesan seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal bagi membantu perbicaraan di mahkamah rayuan melibatkan kes SPRM.
Lelaki tersebut, Lady Johari Idris, 58, mempunyai alamat terakhir di No. 17, Jalan Semarak 5, Taman Semarak Sungai Chua, 43000, Kajang, Selangor.
Menurut kenyataan SPRM, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Wan Siti Zaharah Wan Jaafar di talian 018-663 5354 / 03-9206 1209 atau emel ke alamat [email protected].