SK Taman Cempaka ditutup sementara - Utusan Malaysia

SK Taman Cempaka ditutup sementara

SK Taman Cempaka yang diarah tutup selama tujuh hari sehingga 25 Mac ini di Tampoi, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka, di Tampoi, di sini ditutup sementara ekoran berlaku penularan pandemik Covid-19 di kawasan berkenaan.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, penutupan sekolah berkenaan dibuat selama tujuh hari bermula semalam hingga 25 Mac ini.

Menurut beliau, penutupan itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan.

“Kakitangan dan murid sekolah berkenaan hari ini telah menjalani proses saringan ujian calitan.

“Pemeriksaan dibuat juga mendapati sekolah berkenaan telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sejak ianya dibuka kembali,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu memo yang tular di media sosial memaklumkan penutupan sementara sekolah berkenaan ekoran wabak Covid-19.

Memo tersebut memaklumkan seramai tiga murid dan masing-masing seorang guru dan seorang kakitangan sekolah disahkan positif Covid-19.

“Sehubungan itu, murid beberapa kelas melibatkan Tahun Dua, Tahun Tiga, Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam akan menjalani ujian calitan.

“Ibu bapa dan penjaga akan dimaklumkan guru kelas terlibat berkenaan tarikh dan masa untuk murid menjalani ujian berkenaan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya