Sindiket gores dan menang sasar warga emas - Utusan Malaysia

Sindiket gores dan menang sasar warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tawar diskaun sebelum menjerat golongan warga emas dengan membuat perjanjian pembelian barangan elektrik.

Itu taktik sindiket gores dan menang dikesan bergiat aktif sejak tahun lalu itu yang diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Pengarahnya, Ariffin Samsudin berkata, siasatan mendapati sindiket beroperasi dengan membuka kaunter jualan dan akan menyasarkan mangsa dalam kalangan warga emas serta pesara.

Katanya, sindiket kemudian akan menarik mangsa sebelum mendapatkan tanda tangan mereka dokumen berkaitan serta menyerahkan kad kredit kononnya bagi melayakkan untuk menyertai peraduan gores dan menang.

“Selepas menerima baucer peraduan, suspek akan mengugut mangsa untuk membuat pembelian barangan seperti yang ditawarkan dengan harga yang tinggi.

“Serbuan pertama dijalankan pada Jumaat lalu kira-kira pukul 11.30 pagi di sebuah kaunter jualan di pusat beli-belah di Kuala Lumpur dan menahan tiga individu disyaki ejen kegiatan terbabit,” katanya dalam sidang akhbar di Stor Simpanan KPDNHEP di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, penahanan itu membawa kepada satu lagi di sebuah kediaman inap desa di Puchong, Selangor yang dijadikan sebagai tempat simpanan barangan elektrik dan dokumen berkaitan.

Jelasnya, sebanyak 115 unit barangan elektrik pelbagai jenama, dokumen invois pembeli, telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Nissan Almera turut ditemukan.

“Susulan itu, kita menahan 12 lagi individu di sebuah hotel di ibu negara disyaki pekerja dalam kegiatan sindiket terbabit, Sabtu lalu.

“Empat buah kenderaan dan pelbagai jenis telefon bimbit telah dirampas dan kesemua barangan rampasan dalam tiga serbuan itu bernilai RM807,798,” katanya.

Ariffin berkata, pihaknya percaya sindiket turut aktif di beberapa negeri lain seperti Pahang, Perak dan Kedah.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya