Simpan ayam hidup dalam bilik air - Utusan Malaysia

Simpan ayam hidup dalam bilik air

MOHD. WAZIR Khalid menunjukkan bangkai ayam yang diletakkan di dalam sangkar bersama-sama ayam hidup untuk dijual dalam Op Caras di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Menjual ayam hidup tanpa lesen dan memasarkan produk makanan tamat tempoh.

Lebih menjijikkan, bilik air di bahagian belakang salah sebuah premis yang diserbu turut dijadikan tempat penyimpanan ayam hidup dan dipercayai dijual kepada warga asing di sekitar kawasan perumahan.

Itu antara yang dikesan ketika Op Caras oleh penguat kuasa Jabatan Kesihatan negeri di lima buah premis di sekitar Taman Perwira di sini hari ini.

Menurut Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Mohd. Wazir Khalid, pihaknya turut menemukan bangkai ayam di dalam sangkar ketika operasi terbabit.

Katanya, bangkai ayam berkenaan ditemukan dalam bekas kurungan ayam yang masih hidup dan berdasarkan pemeriksaan, ayam terbabit dipercayai mati sejak empat hari lepas.

“Kita turut menemukan peralatan penyembelihan ayam dan memang membimbangkan sekiranya mereka menjual ayam tercemar kepada pelanggan.

“Bau yang busuk dan hanyir juga boleh mengundang kehadiran tikus dan lipas sekali gus meningkatkan risiko penyakit.

“Selain itu, salah sebuah premis turut didapati menyimpan bekalan air mineral dalam tandas selain tidak mempamerkan notis amaran minuman keras,” katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut.

Beliau berkata, ekoran kesalahan-kesalahan terbabit, sebanyak lima notis membabitkan nilai kompaun berjumlah RM22,500 dikeluarkan kepada pemilik premis.

“Selain itu beberapa produk makanan import yang sudah tamat tempoh dan tidak mematuhi maklumat label bernilai lebih RM200 turut dirampas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya