KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah sedia meletak jawatan jika ia arahan kepimpinan parti.
Katanya, tindakan itu sebagai bukti kesetiaannya kepada UMNO yang berjuang semata-mata untuk rakyat, bukan jawatan.
“Saya secara peribadi akan akur dan patuh atas apa juga keputusan yang parti lakukan. Sebagai pemimpin, kita tak boleh mempunyai agenda peribadi. Keutamaan adalah agenda parti.
“Maka, apa juga keputusan parti, itu akan menjadi pendirian saya,”
“Dah tentu sebagai pemimpin saya akur dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh parti,” katanya di sini hari ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Barisan Nasional (BN) akan bertanding logo menggunakan lambang dacing dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ahmad Zahid berkata, pihaknya bukan riak dan sombong untuk bertanding sendiri sebaliknya mahu dominan dalam pembentukan kerajaan.
Jelasnya, BN perlu menentukan parti mana yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk membentuk kerajaan bersama. – UTUSAN ONLINE