Sembunyi kes positif Covid-19 satu kesalahan - Utusan Malaysia

Sembunyi kes positif Covid-19 satu kesalahan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mana-mana pihak sama ada majikan atau pengurusan sekolah wajib melaporkan kepada Kementerian Kesihatan sekiranya wujud kes penularan Covid-19 di tempat kerja atau sekolah yang menjangkiti para pekerja atau pelajar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta 342 jika menyembunyikan kes positif di tempat mereka.

Bagaimanapun, beliau tidak ada maklumat terperinci berhubung dakwaan terdapat pengetua sekolah atau pejabat pendidikan daerah (PPD) yang tidak melaporkan kes positif berlaku di sekolah tertentu.

“Perkara ini elok tanya Kementerian Pendidikan kerana mereka lebih tahu. Tetapi di bawah Akta 342 menjadi satu kesalahan mana-mana pihak cuba menyembunyikan kes-kes positif di tempat mereka.

“Sebagai contoh ada kilang dikenakan saman kerana menyembunyikan kes positif di tempat kerja mereka. Ia satu kesalahan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya