Selangor tertinggi tapi kes menurun - Utusan Malaysia

Selangor tertinggi tapi kes menurun

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif iaItu 1,208 kes manakala kes sembuh sebanyak 1,973 kes.

Sebanyak 13 kluster dan tiga kematian direkodkan dengan terdapat penurunan kes aktif iaitu 15, 511 kes berbanding semalam iaitu 16,279 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 155 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 70 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus menjadi negeri tertinggi merekodkan kes baharu biarpun terdapat penurunan iaitu 379 kes diikuti Sarawak, 251 kes; Pulau Pinang, 142 kes dan Johor, 118 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Negeri Sembilan, 80 kes; Kuala Lumpur, 61 kes; Terengganu, 39 kes, Perak, 37 kes; Sabah, 29 kes; Kedah, 27 kes; Melaka, 25 kes; Pahang, 17 kes manakala Melaka, dua kes; Putrajaya, satu kes serta Labuan dan Perlis, masing-masing sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, kes kematian melibatkan dua warga tempatan dan satu warga asing dengan masing-masing satu kes di Selangor, Johor dan Sarawak.

“Dua lelaki termasuk seorang warga asing dan seorang wanita berusia 55 hingga 70 tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang penyakit.

“Antaranya, asma, gout, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik,” katanya.

Mengulas mengenai 13 kluster baharu, beliau berkata ia melibatkan 12 kluster tempat kerja iaitu tiga di Selangor, tiga di Johor serta Sarawak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang, Terengganu, masing-masing satu kluster manakala satu kluster keagamaan direkodkan di Kedah.

Katanya, tiga di Selangor adalah Kluster Perusahaan Amari di Gombak, lapan kes dari 24 individu serta Kluster Sungai Paloh di Klang, 18 dari 103 individu dan Kluster Batu Tiga Lama melibatkan Petaling dan Kuala Selangor, 20 kes dari 221 individu.

“Tiga di Johor pula, Kluster Jalan Mega Lima di Johor Bahru, 22 kes daripada 89 individu serta Kluster Jalan Delima di Johor Bahru, 21 kes daripada 80 individu dan Kluster Batu 19 melibatkan Kulai dan Johor Bahru, sembilan kes daripada 57 individu.

“Kluster Jalan Tanjung di Bintulu, Sarawak, 19 kes daripada 127 individu; Kluster Industri Gunung Mas melibatkan Tampin dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 32 kes daripada 188 individu; Kluster Jalan Lapan Belas di Cheras, Kuala Lumpur, tujuh kes daripada 15 individu serta Kluster Chendering Height melibatkan Marang dan Kuala Nerus, Terengganu, 10 kes daripada 132 individu dan Kluster Kampung Air Batang di Rompin, Pahang, 15 kes daripada 27 individu,” katanya.

Beliau berkata, Kedah merekodkan dua kluster iaitu tempat kerja dan keagamaan iaitu Kluster Tapak Bina Meha di Kulim, 10 kes dari 78 individu.

“Kluster Jalan Sekerat adalah kluster keagamaan melibatkan individu yang menghadiri sebuah mesyuarat, sebanyak 17 kes daripada 52 individu.

“Selain itu, sebanyak enam kluster tamat iaitu Kluster Jalan Tropicana, Kluster Pengkalan Teras, Kluster Jalan Perindustrian Getah, Kluster Lengkok Pantai, Kluster Tabong, dan Kluster Jalan Niaga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya