Selangor tertinggi semula kes Covid-19 - Utusan Malaysia

Selangor tertinggi semula kes Covid-19

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 1,671 kes baharu positif Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 331,713 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan pertambahan sebanyak 652 kes diikuti Pulau Pinang, 328 kes; Sarawak, 154 kes; Johor, 130 kes dan Sabah, 102 kes.

“Baki negeri lain merekodkan kes dua angka iaitu Kuala Lumpur, 78 kes; Kelantan, 63 kes; Kedah, 46 kes; Perak, 37 kes; Terengganu, 32 kes; Negeri Sembilan, 25 kes dan Melaka, 18 kes.

“Empat negeri pula Pahang, tiga kes; Labuan, tiga kes; Putrajaya, sifa kes dan Perlis juga, sifar kes, ” katanya melalui ciapan di Twitternya hari ini.

Semalam, Malaysia terus konsisten menunjukkan keseimbangan kes Covid-19 di bawah 2,000 kes dengan merekodkan 1,576 kes positif dan 1,996 kes sembuh.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 12 kluster baharu dan dua kematian direkodkan dengan terdapat penurunan kes aktif iaitu 14,360 kes berbanding semalam, 14,782 kes.

“Sebanyak 151 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 57 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN