Segera daftar terima suntikan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Segera daftar terima suntikan vaksin Covid-19

MUHYIDDIN Yassin menunjukkan kad vaksinasi Covid-19 selepas menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 baru-baru ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat segera membuat pendaftaran bagi menerima vaksin Covid-19 terutama melalui aplikasi MySejahtera.

Perdana Menteri berkata, sehingga kini lebih 5.6 juta telah membuat pendaftaran dan lebih 360,000 individu menerima vaksin dos pertama, maka sewajarnya jumlah itu makin bertambah setiap hari dalam tempoh akan datang.

Beliau berkata, semakin cepat individu menerima suntikan (mengikut keutamaan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan), maka lebih terjamin kesihatan mereka.

“Mungkin dengan cara itu kita dapat menurunkan kes Covid-19 dengan lebih pantas dan sekali gus memulihkan kehidupan kita seperti sedia kala dan juga ekonomi negara pulih seberapa cepat yang boleh.

“Jadi saya mohon kerjasama rakyat untuk daftar seberapa segera. Insya-Allah selepas ini tunggulah giliran, kita harap dengan keadaan begitu situasi negara akan bertambah baik,” katanya kepada pemberita selepas selesai menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Presint 18 di sini hari ini.

Muhyiddin turut berkongsi pengalamannya menerima suntikan dan berkeyakinan suntikan kedua penambah lagi antibodi dalam badan sekali gus membolehkan seseorang menghadapi serangan virus tersebut.

Beliau memberitahu, setiap individu akan diberikan Kad Vaksinasi Pintar Covid-19 selepas lengkap menerima kedua-dua dos vaksin dan kad berkenaan akan digunakan bagi tujuan pergerakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya