Sediakan alat pemadam api di rumah - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Sediakan alat pemadam api di rumah – Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Iswahanim Amran di Kampung Seri Sepakat, Titi Tinggi, Padang Besar, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat supaya menyediakan alat pemadam api di rumah dan premis perniagaan.

Baginda bertitah, pemasangan alat tersebut harus diutamakan di bahagian dapur selain sentiasa menyimpan nombor telefon balai bomba berhampiran supaya mudah dihubungi jika berlaku kecemasan.

“Pada masa sama, pastikan dapur sentiasa bersih dan tidak berminyak. Rakyat juga dinasihat mengelakkan memasak ketika penat atau mengantuk,” titah baginda selepas berkenan berangkat singgah menyantuni mangsa kebakaran, Iswahanim Amran, 28, di Kampung Seri Sepakat, Titi Tinggi, di sini hari ini.

Iswahanim yang tinggal bersama dua anaknya bersyukur menerima keberangkatan baginda yang kebetulan berada di sekitar kawasan berkenaan bagi menghadiri program ‘MAIPs Peduli Kali Ke-18 Bagi Tahun 2021’ sejurus selepas kejadian berlaku. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya