Sebutan kes bunuh 'Adik', tunggu laporan bedah siasat - Utusan Malaysia

Sebutan kes bunuh ‘Adik’, tunggu laporan bedah siasat

ZURAIDA Atan dan Mohd. Fadzli Abdull Razak di bawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka untuk sebutan semula kes kematian Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mahkamah di sini menetapkan tarikh sebutan baharu untuk pendakwaan ibu dan bapa tiri ‘Adik’ bagi menunggu laporan penuh hasil bedah siasat kematian kanak-kanak itu.

Mahkamah menetapkan 26 April depan sebagai sebutan semula selepas pihak pendakwaan meminta untuk satu tarikh baharu bagi serahan laporan bedah siasat kematian mangsa.

Dalam prosiding itu, kedua-dua tertuduh, Zuraida Atan, 31, dan suaminya, Mohd. Fadzli Abdull Razak, 38, turut dihadapkan dengan dua pertuduhan secara berasingan di sini hari ini.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu didakwa di Mahkamah Majistret di hadapan Mazana Sinin atas pertuduhan secara bersama-sama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki, Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek berusia tujuh tahun.

Tindakan itu dilakukan tertuduh pada pukul 3.32 petang di sebuah rumah di Jalan KJ 19, Taman Krubong Jaya, pada 29 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Zuraida dan Mohd. Fadzli kemudian didakwa di dua mahkamah berasingan masing-masing di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan dan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mendedahkan mangsa sama dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau membenarkannya dianiaya, diabaikan atau didedahkan sedemikian.

Tindakan itu dilakukan tertuduh antara pukul 10.30 malam pada 13 Oktober tahun lalu sehingga 3.32 petang, 29 Januari lalu di rumah sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikuti Seksyen 31 (1) (A) Akta Kesalahan Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Wahidah Mohamad, Mazuin Hashim dan Intan Liyana Zainal Abidin.

Zuraida diwakili peguam Ishak Mohd. Kari manakala suaminya diwakili peguam Datuk Ahmad Musthafi Mohamad dan Muhammad Firdaus Abd. Razak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya