Sebuah SK daerah Rembau ditutup, murid positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Sebuah SK daerah Rembau ditutup, murid positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini ditutup sejak 19 Mac lalu hingga 28 Mac ini susulan terdapat kes positif Covid-19 di sekolah berkenaan.

Sumber berkata, penutupan berkenaan dilakukan setelah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat penilaian risiko terhadap penularan Covid-19 di sekolah tersebut.

Menurutnya, penutupan sekolah berkenaan juga adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan.

“Sehingga kini, terdapat empat murid sekolah ini disahkan positif Covid-19 dan telah diasingkan.

“Mereka terdiri daripada tiga orang murid lelaki iaitu masing-masing di tahun 1, tahun 3 dan tahun 5 serta seorang murid perempuan di tahun 5,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber tersebut turut berkata, dua murid dikesan positif pada 18 Mac lalu dan dua lagi murid dikesan positif keesokan harinya.

Menurutnya, susulan penutupan berkenaan, kesemua guru dan kakitangan sekolah diarahkan bekerja dari rumah.

“Malah pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) juga telah dilaksanakan oleh murid-murid,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN